July 20, 2013

Ramadhan ^^

Assalamualaikum :')





Alhamdulillah, hari ini dah sebelas hari Ramadhan berlalu. So far, macam mana 11 hari Ramadhan anda? *soalanCepuTakCemas* Kalau kita lah kan, Tak best sangat sebab tak sama dengan Ramadhan kat kampung. Terlalu banyak kekangan perlu dipertimbangkan. Biasalah tinggal dekat tempat orang kan, tambah-tambah kat KL nii, setiap benda nak buat kena fikir sampai lebam + masak upaya tak menyesal di kemudian hari.

Sebenaqnya cheq post nii  pasai excited nak balik kampung minggu depan. In shaa Allah dapat rasa nikmat Ramadhan + Aidilfitri lebih dari tahun-tahun sebelumnya sebab raya tahun nii cuti telah aku pendekkan   extendkan dengan jayanya. HAHAHA *gelakSethTan* Yela kan, bila lagi. Ni tahun last belajaq dekat kampus. Tahun depan dah masuk praktikal, kena ikut ( school's regulation ) tak boleh main-main extend dah. ikut budak cuti je. Tapi kan... *emoSikit* Tssskkk Tssskkk. Takut kena buli dengan anak murid jee. Yelaa. Teacher yang tak berapa nak matured, muda lagi. Budak  KL pulak tuu anak murid. Ya ALLAH, permudahkanlan semuanya. Ameen Ameen *takutMuch*
Kita
Cakap pasai Ramadhan ni. Kita rindu, rindu sangat-sangat. Rindu kat Arwah ABAH kita. Sebab lepas Arwah pergi, Ramadhan dah tak macam dulu. Dulu meriah sesangat sebab kalau tak makan KURMA dulu bila AZAN tuu, ABAH terus suap kurma kat mulut kita nii. Event tak suka, makan jelaa. HAHA. Lepastu kita dulu-dulu tak suka makan nasi, nak lauk je banyak2. Arwah ABAH usaha jugak bubuh nasi dalam pinggan kita. Dia bubuh  yang panas2 punya sebab kita tak suka nasi sejuk. HOW ABAH LOVES ME <3 <3 <3

Apa lagi yang best Ramadhan dulu-dulu yee? Haa, dulu suka sangat ikut ABAH dengan MAMAA kita pergi SolatTARAWIH dekat Masjid kat kampung kita tuu. Masa ABAH kita tengah siap-siap, kita pergi dekat dia, dia pun calit-calit perfume dia kat hidung kita, HAHA. kuat gila bau dia. Kita terus bagi muncung sedepa tanda protes. Tapi bila ingat balik. ARWAH ABAH sweet sangat-sangat. Automatically bau badan kita sama dengan dia. 

Lepastu pergilah TARAWIH dekat masjid. ABAH dengan MAMAA kita nii dia buat 20 Rakaat, Anak bongsu dia nii kaki ekor jee. nak ikut buat 20 memang idok laa, bebudak kan, kita buat sampai kita nak jee. Tetiap kali siap dua RAKAAT, kita sibuklaa dok kira berapa lagi dok hitung nak balik. Kadang2 tuu sampai tertidoq kat belakang. Lepastu moreh dengan makcik-makcik, nenek-nenek yang TARAWIH dengan MAMAA kita tuu. Makcik-makcik tuu puji kita yang rajin ikut and tunggu sampai TARAWIH tuu habis. Kita tak bangga pun sebab bukan buat habis 20RAKAAT pun. HAHA. Tapi kalau ingat balik,menyesal jugak, sebab TAHFIZ yang IMAMkan solat tuu, suara dia...MASHA ALLAH, susah nak dengaq yang best camtu. Muka pulak manis jaa. HAHA. kantoi intai TAHFIZ tuu :P Makcik2 and nenek2 bila dengar suara best, sibuklaa duk intai nak tengok TAHFIZ tuu secara realiti.*KitaIkutMakcik2TuuJee* Kah Kah

Lagi yang kita suka pasai RAMADHAN dulu-dulu, tiap kali lepas sahur, kita suka ikut ABAH and MAMAA kita pergi solat subuh dekat Masjid. Heaven sangat, lepas sahur, mandi and solat kat masjid, dengar suara TAHFIZ yang best sangat2 tuu. *terngiang-ngiang* sampai sekarang. Kita solat dengan jemaah2 lain macam biasa. Tapi kalau Hari JUMAAT, dia buat sujudSEJADAH, kita bebudak manalaa tahu kan, masa first time tuu, kita tersalah sebab kita taktahu. Malu gilaa bila kita buat tak sama dengan makcik2 tuu. Siap solat, kita terus peluk MAMAA kita, cakap kita xtahu, MAMAA cakap, 'Takpelaa taktahu, lepas nii tahu lah kan' Yes, tuu adalah proses pembelajaran. Tapi kita tetap malu, terus minta nak balik rumah jalan kaki dengan MAMAA even ABAH sebenarnya tak bagi balik sendiri. HUHU. Lepas SolatSUBUH ada Tadarus AlQuran. Kita tunggu sampai ABAH and MAMAA kita siap, lepastu balik. Dulu manada tidoq sampai tengahari semua nii -_-

Yang bestnya RAMADHAN dulu-dulu, setiap kali lepas SolatTarawih, abah kita akan beli colek buah, colek kerang and macam-macam lagi untuk makan reramai satu family. Best sangat2 kalau dengan family kan? 

My word is, it is not that I dont like my life now, its just that Im missing my memories having RAMADHAN with my  PerfectHappyFamily that is totally different with my life now as my ARWAH ABAH is gone. What can I do is take care of MYSELF for HIM and MY sakes and also PRAY for his peace there. 


Thats all for this RAMADHAN entry. IMissYOU ^^

No comments:

Post a Comment